Forum

Selamat Datang

Peraturan dan Polisi Forum

Objektif peraturan dan polisi Forum  ini adalah untuk menjaga kesejahteraan forum. Juga untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh ahli-ahli lain berlaku. Di harap SEMUA warga Selayang Dot May Dan Patamalindo dapat membaca, memahami dan mengamalkan etika berforum yang baik.

A. Buka topik baru
Topik baru boleh dibuka oleh sesiapa sahaja

Tajuk topik hendaklah menggambarkan apa yang hendak dibincangkan atau ditanyakan. Tajuk seperti “tolonglah aku…”, “aku nak carik kerja…”, “hmmm…” dan lain-lain yang bersamaan adalah ditegah. Tolong cari tajuk yang bersesuaian.

Apabila anda ingin membuka topik sila masukkan masalah anda berkaitan dengan tag permulaan seperti dibawah
[Administrator] Apa Masalah Anda ?
[Component] Apa Masalah Anda ?
[Module] Apa Masalah Anda?
[Mambot] Apa Masalah Anda?
[Template] Apa Masalah Anda?
[Terjemahan] Apa Masalah Anda?
[Info] Apa Masalah Anda?
[Security] Apa Masalah Anda?
[Lain-lain] Apa Masalah Anda?

*akan dimasukkan lagi jika bersesuaian


Topik yang kurang disenangi pengendali akan dibuang. Contoh: topik politik yang boleh menyebabkan pertelingkahan, topik agama yang tidak sahih, topik merapu dan topik seks.

Topik baru yang hendak dibuka mestilah berkaitan dengan Pembinaan Laman Web, Modul , Kompenan atau Komputer sahaja

Topik yang mempunyai agenda skim cepat kaya atau sistem piramid adalah sama sekali dilarang.

Topik yang mengandungi bahan lucah dilarang.

Topik yang mengandungi bahan daripada forwarded email adalah tidak digalakkan.

Topik yang berkaitan dengan piracy atau warez atau crack dan yang seangkatan dengannya adalah dilarang sama sekali.

Sebelum membuka topik baru tolong buat sedikit carian di dalam forum Joomla.org bagi mengelakkan topik yang sama berulang banyak kali.

B. Membalas mesej
Setiap orang boleh membalas mesej di semua forum

Mesej yang dibalas mestilah mempunyai isi yang sepatutnya. Mesej seperti “Hmmm…”, “Ntahle…” atau yang mengandungi similies sahaja adalah ditegah. Jika hendak memberi komen sila berikan dengan jelas dan bernas.


C. Etika dan Tatasusila

Setiap pengguna adalah tertakluk kepada peraturan yang dinyatakan oleh Administrator

. Amaran dan teguran pengendali mestilah dihormati.

Penggunaan bahasa kasar dan lucah adalah amat ditegah. Tindakan seperti ban atau dibuang terus dari forum boleh dikenakan.

Provokasi di antara ahli juga ditegah.


D. signature
    *  Boleh di setup di dalam profile anda (link up the top right, next to WAP) ,
    * Tidak boleh mempunyai GAMBAR.
    * Tidak boleh mempunyai barangan , produk atau apa sahaja yang boleh mendatangkan keuntungan.
    * Boleh mempunyai hanya 2 icon smilies atau 1 animasi icon smilies
    * Boleh mempunyai hanya 2 link URL's atau mailto: - x boleh mempunyai link yang sama
    * Boleh masukkan hanya 2 warna sahaja. Warna  Hyperlink adalah di set oleh forum tidak dikira sebagai warna
    * Maximum font size cannot be larger than normal.
    * Hanya 4 baris dibenarkan dalam satu signature (1024 resolution).
    * Tidak boleh mempunyai link ke topik atau post  untuk tujuan promosi
    * signature anda adalah hakmilik anda tapi tidak boleh disewakan atau dijual bagi mendapat keuntungan
    * Tidak dibenarkan meletakkan signature menghina atau mempunyai niat bagi menjatuhkan reputasi seseorang
    * Para moderator dan admin berhak menyuruh anda atau menukar signature anda


E. Bahasa
Seboleh-bolehnya gunakan bahasa malaysia tetapi jika tidak mempunyai pilihan pengguna bahasa Inggeris adalah dibenarkan


F. Penyalahgunaan atau abuse
Laporkan sebarang penyalahgunaan di dalam forum menggunakan function Report to Moderator

G* Tambahan : Tidak dibenarkan meletakkan links Affiliate mana-mana syarikat, kecuali mendapat kebenaran Admin (terutamanya dibawah gambar)

Akhir kata, jika kita masuk rumah orang hendaklah kita hormati tuan rumah dan ahli rumah. Hatta tuan rumah itu kawan baik kita sekali. Setiap rumah mempunyai peraturan atau tatacara tersendiri yang mungkin berlainan dari rumah anda.